Sila Klik - Terma & Syarat

20130430

Baju Bonda

Baju mak ajah ni kannnnn...... kainnya tu sebenarnya di belikan oleh menantunya. Wife adik akk, Baharudin. Namanya Aida Maizuriani....

Tapiiiii.... dia dah bagi kat akk since last year lagik, tak ku buatkan.... Ntah2 dia pun dah lupa pasal kain ni....

Cam biasa lah baju peberet mak ajah - pesak gantung + poket + getah hujung lengan.

Kali nie, getah hujung lengan tu akk buat pesen lain sket..... Cer tengok kat bawah nie....





















20130429

Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2013 di Mialiana.com bermula tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...















20130427

Tempahan Suhaila

dari Kg. Melayu Subang.

Baju Kurung Pahang, Kain Kipas Tepi. Sweet jer kaler nye..... suka tengok.









Baju Kurung Malaysia (mcm baju kurung moden - takde zip tapi leher potongan baju kurung biasa), Kain Duyung




















20130425

Baju Marhaban Bonda (Part II)

Inilah baju marhaban mak ajah yang lagi satu tu....

Sama jugak, baju kurung pesak gantung + getah hujung lengan + poket.

Poket baju biru aritu, akk buat sebelah kiri sbb baju contohnya mmg belah kiri. Udahnya, bila di pulangkan, mak ajah bilang takmo kiri nak belah kanan. Huk aloh....

Makanya, kali nie buat belah kanan as requested....




















20130420

Mini GA 2





SYARAT

1. Buat Entry,Tajuk dan letakkan banner (backlink)
2. Tinggalkan url entry (url blog tidak di terima)
3. Yang belum follow blog ni..sila follow dulu ye
4. Nak tag rakan digalakkan tapi tak wajib ye :)

Pemilihan pemenang berdasarkkan En.Random.Org atau cabutan dari Dable H
 (bergantung pada mood Dable H)

HADIAH

Semestinya bedak arab 50g.Berapa pcs tak pasti lagi ye bergantung pada jumlah penyertaan.

GA ni akan tamat pada 27 April 2013.Pemenang akan diumumkan bila-bila masa selepas itu.













20130419

Berilah Kami Peluang

Akk rasa ramai yang berniaga online. 

Segala macam benda boleh di buat urusniaga. Top-up tipon pun boleh buat bisnes, kan?

Ada yg biz jual baju siap, pastinya mencari tukang jahit yg charge murah-murah. Sbb dgn cenggitu barulah boleh jual baju siap online murah juga, ye tak?

Jadi, akk mohon klau ada yg nak upah pada tukang2 jahit ni, janganlah pandang rendah pd mereka kami. Kami adalah tukang jahit kecil2an yg baru nak bermula. Tapi tak semestinya kami tak mempunyai kepakaran. Mungkin jahitan kami lebih berkualiti.

Jgnlah krn kami ni takde kedai pastu menjahit sorang2, maka tak nak bagi peluang pd kami utk membantu anda dlm menjahit baju2 anda.... Jika tiada peluang yg diberikan, buat apalah kami nak menggaji pekerja dgn tempahan yg masih boleh kami buat sendiri tanpa bantuan pekerja....?

Kita boleh bekerjasama kalau ada perbincangan.... Jgn buat penilaian sendiri dgn hanya melihat...

TERIMA KASIH buat semua yang dah pernah dan yang akan menempah di ArMiF Design.

LOVE U OLS!











20130416

Baju Marhaban Bonda (Part I)

Mak ajah dah berapa kali sound akak... Baju marhabannya tak berkesempatan dia nak menjahitnya sendiri. Maklumlah, dia agak uzur kebelakangan nie... Tapi semangat nak beriadah dgn teman2 mengisi masa lapang masih tetap keutamaannya.

Sampai 2 pasang baju baru just utk group marhabannya.... Sesapa nak tempah group marhaban sekitar Klang ni, boleh bagitau.... hahaha... dah jadi broker marhaban plak dah...

Sempat siapkan satu ni dulu, urgent katanya....

Baju kurung pesak gantung (feveret mak ajah), kain kipas tepi, dan special request utk getah hujung lengan dan poket (mmg baju mak ajah wajib ada poket - senang nak simpan barang katanya...)

Korang klau nak buat poket pun boleh, akk charge extra rm10.... :)



















20130414

20130412

Di Hari Persandingan

Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..

Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..

Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..

Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka












20130410

Tempahan Ainon

Mmg anak-anak muda suka pesen cenggini, kan.... Anak akk pun berkenan.

Tambah plak ngan kaler pink nyer yg cantekkkkkk.....




Yang ini edisi lantai yea.... Nak tunjuk betapa kembangnya kain tuh....

Simple but sweet...









20130408

Tempahan Kawan Cikgu Ina

Sorrylah, akk tak tau nama cikgu ni....  Dia menempah via Cikgu Ina.

Baju Kurung biasa, kain susun kipas tepi.














20130406

Tempahan Cikgu Ina

Dah beberapa kali tempah ngan akak. Tengkiu Cikgu....

Baju kurung Pahang, kain lipat batik.













20130405

Cincin & Kuku Panjang



Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir.  Jika kesemua jari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung... potonglah kuku anda...

Jangan ada niat untuk simpan kuku panjang, walaupun hanya 1mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekali pun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Imagine..... selepas kita ke toilet untuk buang air besar, sebagai orang Islam, kita menggunakan tangan untuk beristinjak. Dah siap cuci tangan bagai, kita ke dapur pula nak buat cekodok ikan bilis yang yummy untuk keluarga. Sebagai orang Melayu, kita guna tangan untuk menggaul sebati adunan. Tak best guna sudu sebab nnt anak-anak tak dapat air tangan ibu sendiri... Waaaa.... sodapnya.... hehehe....





Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada Saidina Ali , kalau memakai cincin pakailah di 
1)  jari manis
2)  jari kelingking

dan JANGAN memakai pada jari
1)  jari tengah
2)  jari telunjuk

Larangan memakai pada dua jari di atas (untuk lelaki dan perempuan) kerana ianya adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh ALLAH iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...