Sila Klik - Terma & Syarat

20130531

20130528

Baju Siap Dijahit Sempit Pulak

Banyak kali jugak terjadi pada akak.

Untuk makluman semua, setiap kain ada kadar pengecutan tersendiri.  Ada yang kadar nya kecil dan ada juga yang kadar nya besar.

Percaya tak, ada kain yang kadar pengecutan nya sehingga 3 inci selepas di cuci? Ya, memang ada....

Jadi, akak suggest untuk jalan terbaik adalah kalian semua mencuci atau cukup sekadar merendam sekejap kemudian jemur sebelum hantar ke tailor untuk di jahit. 

Kami sebagai tukang jahit dah mengikut ukuran yang diberikan dan menjahit sebaik mungkin. Tapi, bila ada yang come back dan komplen baju sempit sana, sempit sini, agak sedikit mengecewakan unless memang salah potong.

Especially sekarang ni trend kain cotton yang cantik molek, memang kadar pengecutan untuk kain cotton tu ada.

Harap maklum bukan tanggungjawab kami untuk melakukan rendaman melainkan tukang jahit anda memang ada cukup masa untuk melakukan itu semua.

Ada juga kain yang sensitif dengan kepanasan. Bila kita gosok jer kain tu, memang gerenti akan kecut. Perrgghhh.... akak pernah kena, terkesima sekejapan.

Hanya untuk makluman semua....

TQ











20130524

Tempahan Yana

Dari Petaling Jaya.

2 pasang jubah princess line, kaf tangan 2 inci.












Baju kurung Malaysia, kain duyung, kaf tangan 2 inci.




















20130521

Tempahan Ibu Aimi

Kalau aritu ibu kawan Syasya yang menempah, kali ni ibu kawan anak akk yang sulung pulak, Qistina Nurjieha. Sungguh lah, duit raya tahun nie kena bagi extra kat anak2....

Sib baik ler tak kena rampas dek pengawas... Takut akk...

Baju Kurung Pesak Gantung. Baju sahaja...





Baju Kurung Biasa + Poket, Kain Kipas Tepi.


















20130519

Tempahan Juliana

Emak kepada kawan sekolah anak akk, Fakriathul Syasya. Hurrrmmm... agak2 kena bagi komisen tak utk anak2 jadi marketing person tak rasmi utk ibunya? huhuhu....

Kurung Pahang + kaf getah, kain lipat batik.













20130518

Tempahan Aishah (3)

Haaa.... yg ni Cik Aishah tempah untuk bonda nya yang tersayang.

Kurung Pahang, kain kipas tepi.















20130516

Tempahan Aishah (2)

Aritu Cik Aishah, ex-kollig akk nih tempah kurung moden.

Kali ni dia tempah kurung pahang, kain lipat batik.
















20130513

Tempahan Aizat

Ex-kollig akk. Anak yg baik... tempahkan ibunya jubah.

Jubah ni kipas depan, kaf getah.
















20130504

Harap Maklum

Duhai kastemer serta pembaca sekalian....

Akk mungkin tak dapat nak hapdet blog dalam minggu ni. Kebizian menghimpit dahku....

Ohhh.... ku bersyukur sebab banyak tempahan yang nak ku selesaikan. Dolu-dolu masa kerojer makan gaji, asal akk banyak kerojer jer mesti migraine. Alhamdulillah, semenjak dua menjak ni walau tempahan ku bertimbun, tak pernah ku telan Caffox lagik (udah dekat dua bulan....) Musykil jugak teman... hurrmmmm....

Nanti bila sumer nya dah ke tahap normal atau dah kureng sket, akk akan ke udara kembali!!!

TAPI....

Jangan lupa tempahan untuk hari raya di Armif Design akan ditutup pada 15 Jun 2013










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...