Sila Klik - Terma & Syarat

20131201

Veil Pengantin

Tak mengambil tempahan tak bermakna dok goyang kaki jer kat umah.

Permintaan dari adik-adik iparku untuk perkahwinan mereka.

Buat veil pengantin!

Huhu.... 1st experience buat veil pengantin nih. Ku pandaikan jugak diri demi adik-adik ipar yang nak cantik di hari pernikahan mereka.

Korang tau tak, punyelah mahal lace kat Klang nih... (ker akak yang tak tau nak carik kedai murah.... huhuhu...) Semeter 20 hinggit ko! Tergolek pengantin dengor. Nak dua meter, dah 40 hinggit....

Udahnya ku kirim ngan adik bongsu akak yang kebetulan ke Bandung tempohari. Berapa semeter? 5 hinggit jer!!!!!!! Lagi cantekkkkk.... Senyum lebar pengantin.

Tadaaaaa...... inilah hasil tangan akak yang tak seberapanya. Pengantin nak simple jer letak lace, tapi kakak iparnya terlebih rajin letak batu-batuan gala bagai....





























20131130

PENGUMUMAN






Segala tempahan dibekukan sehingga November 2013.

Dengan rasa sedih dan berat hati, 
keputusan ini terpaksa di lakukan kerana owner harus memberikan tumpuan dengan urusan-urusan keluarga yang perlu diselesaikan dengan kadar segera.

Harap semuanya memahami....
Semoga segalanya dipermudahkan -Amiinnn-

TERIMA KASIH











20130813

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Ampun dan maaf atas segala kekurangan.....

Dan TERIMA KASIH atas segala sokongan yang diberikan.




20130713

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT BERPUASA!!!!

Harap maklum bahawa sepanjang Ramadhan nie, blog Armif Design tiada update terbaru.  Ini kerana owner kebizian dengan tempahan-tempahan yang diterima.

Terima kasih kepada semua yang telah menempah di Armif Design.












20130705

Tempahan Ucu

Entah apa ke la nama sebenar adik nih. Bila ku tanya, katanya panggil Ucu jer kak.... 

Baju kurung pahang, kain kipas tepi.






Baju kurung moden, kain kipas belakang. Batu & manik tu mintak tolong kakak ku jahitkan... Akak tak kreatif dik nun....


















20130702

Tempahan Suhaila (2)

Dari Kg. Melayu Subang, Shah Alam.

Baju kurung pesak buluh, kain kipas tepi.



Jubah moden + kaf tangan 1".


















20130630

Tempahan Kak Rozlin

Untuk anak dara keciknya kawan sekolah Syasya.

Baju kurung moden, kain kipas belakang.
















20130623

Tempahan Cikgu Ina (3)

Untuk anak dara kecil nya.

Baju kurung pahang, kain lipat batik.









Baju kurung moden, kain lipat batik.













20130618

Tempahan Atiqah

Dari Rembau, Negeri Sembilan.

Baju kurung biasa, kain kipas tepi.





Baju kurung pesak gantung, kain lipat batik.















20130616

20130614

Tempahan Salbiah Tailor

Kak Salbiah ni ternampak banting akk, mintak ler tolong jahitkan tempahan nya yang semakin membukit. 

Alhamdulillah..... suka tengok orang buat bisnes dan semakin maju.

7 pasang pesak gantung, kain lipat batik (sempat amik gambor 3 pasang jer... uhuk...uhuk...)





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...