Tempahan

Mengambil Tempahan Menjahit Sepanjang Tahun!!!!



Jenis & Harga Tempahan
(FREE POSTAGE)

Hanya mengambil tempahan untuk

1)  Baju Kurung - Rm35.00  (S&S Rm40.00)

      >  Tradisional
      >  Pahang
      >  Pesak Gantung
      >  Pesak Buluh

2)  Jubah Biasa 'A' Cut / Moden - Rm50.00  (S&S Rm55.00)


* Sila klik sini untuk Lakaran Baju Kurung - PENTING untuk pastikan apa yang anda fikirkan adalah sama dengan apa yang Armif Design hasilkan. TQ *

Tambahan Harga:
Leher Tulang Belut = Rm10
Kaf Tangan = Rm10
Kaf Tangan Getah = Rm10
Getah Hujung Tangan = Rm5
Poket Baju Kurung = Rm5
Poket Jubah = Rm10
Lining = Rm25 (baju sahaja)  *untuk semua jenis baju kecuali jubah - double price
Kain licin / lembut / sequin / manik / batu = double price



PERHATIAN
Semua tempahan jahitan untuk Hari Raya Aidilfitri
akan ditutup DUA BULAN sebelum bulan Ramadhan.


Tempoh Siap

Jangkamasa tempahan untuk disiapkan adalah 1 bulan (jika siap awal, akan diberitahu).  Ianya bergantung kepada jumlah tempahan sedia ada.  Tempahan saat akhir atau pada kadar segera tidak akan diterima.

Bagi sesiapa yang tinggal di Klang atau Port Klang atau yang sewaktu dengannya dan nak hantar 'by hand' pun boleh.... Sila sms dahulu di nombor 010-366 5395 untuk memastikan saya berada di rumah (hanya pada hujung minggu dan cuti umum sahaja).

Bagi yang berada di luar kawasan yang dinyatakan di atas atau melalui blog/ONLINE, anda boleh membuat tempahan melalui pos.  Saya menggunakan khidmat Poslaju untuk membuat penghantaran.


Ukuran Baju/Kain

Anda boleh menyertakan baju contoh atau anda juga boleh mengukur baju contoh/badan anda sendiri dan beri ukurannya kepada saya.  Sila pastikan unit ukuran adalah dalam INCI (sila berikan ukuran yang dah termasuk dengan kelonggaran... TQ)

Ukuran yang diperlukan adalah:
- labuh baju
- panjang tangan
- bukaan tangan
- bahu
- dada
- ketiak
- labuh kain
- punggung 
- pinggang
- bahu ke pinggang
- bahu ke dada

NOTA: Jika anda memberi saya baju contoh, sila kepilkan nota jika saya perlu lebihkan atau kurangkan ukuran pada bahagian-bahagian tertentu.  Begitu juga jika anda mengambil ukuran sendiri, sila berikan saya ukuran yang telah siap di tambah atau di kurangkan.  HARAP MAKLUM.


Tempahan Melalui Pos
(Sila sertakan sekali nama penuh, alamat penuh, no. telefon, e-mail [jika ada] - PENTING)

Langkah 1
Pos kain anda ke alamat rumah saya (akan saya e-mail atau SMS - sila maklumkan kepada saya melalui SMS ke 010-366 5395 atau e-mail ke anuar_salmiah@yahoo.com)

Untuk tempahan lebih dari sepasang, sila pastikan anda memberikan saya nota yang betul dan cukup (terutama sekali jika material untuk baju dan kain adalah berlainan - sila pastikan padanan anda).


Langkah 2
Setelah tempahan siap, saya akan maklumkan kepada anda untuk menjelaskan bayaran.  Pemulangan semua tempahan ke alamat yang diberikan selewat-lewatnya dua hari selepas penerimaan bukti pembayaran kecuali cuti umum. Kain perca (lebihan kain) akan dipulangkan atas permintaan.


TERIMA KASIH DAUN KELADI,
KALAU PUAS HATI,TEMPAHLAH LAGI....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...