Sila Klik - Terma & Syarat

20131201

Veil Pengantin

Tak mengambil tempahan tak bermakna dok goyang kaki jer kat umah.

Permintaan dari adik-adik iparku untuk perkahwinan mereka.

Buat veil pengantin!

Huhu.... 1st experience buat veil pengantin nih. Ku pandaikan jugak diri demi adik-adik ipar yang nak cantik di hari pernikahan mereka.

Korang tau tak, punyelah mahal lace kat Klang nih... (ker akak yang tak tau nak carik kedai murah.... huhuhu...) Semeter 20 hinggit ko! Tergolek pengantin dengor. Nak dua meter, dah 40 hinggit....

Udahnya ku kirim ngan adik bongsu akak yang kebetulan ke Bandung tempohari. Berapa semeter? 5 hinggit jer!!!!!!! Lagi cantekkkkk.... Senyum lebar pengantin.

Tadaaaaa...... inilah hasil tangan akak yang tak seberapanya. Pengantin nak simple jer letak lace, tapi kakak iparnya terlebih rajin letak batu-batuan gala bagai....





























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...