Untuk makluman semua, setiap kain ada kadar pengecutan tersendiri. Ada yang kadar nya kecil dan ada juga yang kadar nya besar.
Percaya tak, ada kain yang kadar pengecutan nya sehingga 3 inci selepas di cuci? Ya, memang ada....
Jadi, akak suggest untuk jalan terbaik adalah kalian semua mencuci atau cukup sekadar merendam sekejap kemudian jemur sebelum hantar ke tailor untuk di jahit.
Kami sebagai tukang jahit dah mengikut ukuran yang diberikan dan menjahit sebaik mungkin. Tapi, bila ada yang come back dan komplen baju sempit sana, sempit sini, agak sedikit mengecewakan unless memang salah potong.
Especially sekarang ni trend kain cotton yang cantik molek, memang kadar pengecutan untuk kain cotton tu ada.
Harap maklum bukan tanggungjawab kami untuk melakukan rendaman melainkan tukang jahit anda memang ada cukup masa untuk melakukan itu semua.
Ada juga kain yang sensitif dengan kepanasan. Bila kita gosok jer kain tu, memang gerenti akan kecut. Perrgghhh.... akak pernah kena, terkesima sekejapan.
Hanya untuk makluman semua....
TQ
No comments:
Post a Comment