Sila Klik - Terma & Syarat

20130219

Inai: Harus Dengan Bersyarat

Bagi wanita, sama ada yg sudah berkahwin mahupun belum, pemakaian inai pd kedua-dua tangan dan kaki adalah harus, selagi ia tidak menimbulkan fitnah.

Demikian diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 88 yg bersidang pd 2 Oktober 2009.

Namun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yg digunakan tidak bersifat kekal spt tatu dan mengandungi sebarang unsur meragukan.

Mengenai corak atau ukiran digunakan pula, muzakarah itu menjelaskan yg dibenarkan adalah bentuk daun dan tumbuh-tumbuhan, manakala corak haiwan, lambang dewa dan ajaran atau apa juga gambaran bertentangan dgn syarak adalah dilarang.

Sementara pemakaian inai pd kedua-dua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan, kecuali pd sebilangan jari bagi pengantin sewaktu majlis perkahwinan dan bagi tujuan perubatan sahaja.

Kredit - Harian Metro E-Fatwa








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...