Akak secara rasminya adalah tukang jahit sepenuh masa mulai hari ini.
Segala tempahan yang diterima akan cuba disempurnakan dengan secepat mungkin. Jika boleh, dalam tempoh seminggu akan akak pulangkan semula tempahan anda.
Tetapi, itu semua adalah tertakluk kepada jumlah tempahan yang akak terima.
Jika ada jenis atau fesyen atau apa-apa sahaja yang terlintas atau ingin anda tempah tetapi tidak akak nyatakan dalam terma & syarat akak, sila email atau sms akak untuk kepastian.
Akak tetap akan terima tempahan yang diluar terma & syarat ditetapkan.
No comments:
Post a Comment