Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan
Muslim yang suatu masa dahulu pernah menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini
didirikan pada tahun 1450.
Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke timur Sabah.
Sejarah
Pada tahun 1380, seorang ulama keturunan
Arab, Karim ul-Makdum memperkenalkan Islam di Kepulauan Sulu. Kemudian pada
tahun 1390, Raja Bagindo yang berasal dari Minangakabau meneruskan penyebaran Islam
di wilayah ini. Hingga akhir hayatnya Raja Bagindo telah mengislamkan
masyarakat Sulu sehingga ke Pulau Sibutu
Sekitar tahun 1450, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed
Abu Bakr tiba di Sulu.
Beliau kemudian bernikah dengan Paramisuli, puteri Raja Bagindo. Setelah
kematian Raja Bagindo, Abu Bakr melanjutkan pengislaman di wilayah ini. Pada
tahun 1457, ia menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka
Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelaran
"Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala
"Mahasari" bermaksud Yang Dipertuan.
Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei memberikan Timur Sabah
kepada Kesultanan Sulu atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakkan di
Brunei. Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan
Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan
Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.
Sumber: Wikipedia
Akan tetapi, Kesultanan Sulu telah di bubarkan pada 1917.
No comments:
Post a Comment